Skip to main content

Modul 4 - Integrasi Artikel Joomla dengan YOOtheme

Objektif Modul


  1. Memahami cara Dynamic Content digunakan untuk memaparkan artikel Joomla dalam YOOtheme. 
  2. Mempelajari teknik paparan artikel yang interaktif dan teratur seperti Grid dan Panel Slider. 
  3. Menggunakan sistem Tagging untuk kategorikan artikel dengan lebih berkesan. 

Apa Itu Dynamic Content?

  • Fungsi yang membolehkan elemen dalam YOOtheme Pro mengambil data secara automatik daripada sumber Joomla. 
  • Contoh: Tajuk artikel, gambar intro, tarikh, pengarang, isi kandungan.

Langkah Integrasi Artikel Joomla

  • Pastikan artikel telah dicipta dalam
    Joomla ➜ Content ➜ Articles.
     
  • Dalam YOOtheme, tambah elemen seperti Grid, Panel, Slider. 
  • Aktifkan Dynamic Content pada
    elemen ➜ pilih Article.
     

Pautkan elemen seperti :

  • Tajuk ➜ Article Title 
  • Gambar ➜ Intro Image 
  • Isi ➜ Intro Text 
  • Pautan ➜ Link to Article 

Paparan Artikel

Element - GRID

  • Grid susun artikel dalam bentuk kad (card-based layout). 
  • Boleh tetapkan bilangan kolum (cth: 3 kolum). 
  • Paparan responsif & mesra mobile. 

Contoh Layout: https://quality.usm.my/ 

Boleh lebih dari sebaris, berbentuk grid

Element - Panel Slider

  • Panel Slider membolehkan artikel dipaparkan dalam bentuk slider mendatar. 
  • Sesuai untuk artikel promosi, berita terkini, atau sorotan utama. 

Contoh Layout: https://ppkt.usm.my/ 

Satu baris sahaja.


TAGGING dalam Artikel

  1. Tag digunakan untuk menanda & kumpul artikel berdasarkan topik tertentu. 
  2. Dalam YOOtheme, anda boleh paparkan hanya artikel dengan tag tertentu: seperti contoh disebelah dari All hingga ke SDG17 

Kaedah :


  1. Cipta TAG di backend Joomla
  2. Masukkan TAG tadi ke dalam artikel Joomla. 
  3. Dalam Dynamic Content, tapis paparan artikel ikut TAG tertentu. 

Aktiviti Praktikal

  1. Cipta 3 artikel ringkas dalam Joomla. 
  2. Paparkan artikel dalam bentuk Grid dan Panel Slider di halaman utama. 
  3. Gunakan Tagging (sdg1,sdg5) untuk memaparkan artikel ANDA.