100 BUNGKUS NASI LEMAK PERCUMA UNTUK PELAJAR USM SETIAP HARI SEHINGGA DISEMBER 2025

USM PULAU PINANG, 16 Julai 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran inisiatif “100 Bungkus Nasi Lemak Percuma” setiap hari bagi membantu pelajar kurang berkemampuan bagi menghadapi kos sara hidup yang semakin mencabar. Sumbangan ikhlas ini daripada tokoh korporat dan dermawan tersohor negara merangkap Pengarah Urusan Yusof Taiyoob Sdn. Bhd., Dato’ Seri Yusof Taiyoob, sebagai usaha memperkukuh jaringan strategik antara institusi akademik dan sektor korporat.