Sinopsis Kursus:
Kursus ini direka bentuk untuk memberikan pendedahan komprehensif kepada peserta mengenai asas pembangunan laman web menggunakan Joomla 5 dan pembinaan antaramuka visual menerusi YOOtheme Pro.
Peserta akan dibimbing secara langsung dalam proses pemasangan Joomla, pembangunan struktur laman web melalui kategori, artikel dan menu, serta cara mengubah suai reka bentuk laman menggunakan editor YOOtheme Pro.
Melalui pendekatan latihan praktikal, peserta akan membangunkan projek laman web lengkap berdasarkan sitemap yang ditetapkan, merangkumi pelbagai elemen seperti paparan teks, imej, carta organisasi, pautan interaktif dan integrasi Maps.