Sinopsis Kursus:
Kursus ini direka khas untuk pentadbir laman web (Web Admin) PTJ di USM bagi meningkatkan kemahiran dalam mengurus dan mereka bentuk laman web menggunakan YOOtheme Pro di dalam Joomla 5.
Sepanjang kursus ini, peserta akan didedahkan kepada penggunaan elemen-elemen reka bentuk yang disediakan di dalam YOOtheme Pro serta kaedah membangunkan laman web yang interaktif, responsif, dan menarik selaras dengan piawaian universiti. Pendekatan pembelajaran adalah berasaskan latihan praktikal dengan bimbingan langsung untuk memberi kefahaman menyeluruh kepada peserta.
Objektif Kursus:
- Memberi pendedahan kepada peserta mengenai antaramuka dan fungsi utama dalam YOOtheme Pro.
- Membimbing peserta untuk membina dan mengemaskini kandungan laman web PTJ menggunakan struktur YOOtheme.
- Meningkatkan kefahaman peserta tentang prinsip asas reka bentuk web yang responsif dan interaktif.
- Membantu peserta menghasilkan laman web yang konsisten, kemas dan mesra pengguna selaras dengan garis panduan laman web rasmi universiti.
- Memperkasakan peserta dengan kemahiran teknikal dalam pengurusan modul, layout, grid dan penggunaan elemen visual.